Jumaat, 28 Ogos 2009

nasihat-nasihat buat para pendakwah

Para pendakwah adalah pengukir sejarah
Penerus tugas para nabi dan rasul
mengajak manusia memikul amanah
Para pendakwah adalah sendi.
Urat nadi kehidupan duniawi.
Tiang penyangga supaya pendakwah berada di posisinya.
Dalam keadaan apa sekalipu.
Sebuah misi dan kedudukan suci.
Ada di bahu para DA'I

Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca blog ini.Disini saya akan memberi nasihat buat para da'i.Semoga kepada para da'i mengikut nasihat-nasihat ini.Berikut adalah nasihat-nasihat buat para Da'i.


1.Memelihara Peribadi Sebagai Qudwah Bagi Orang Lain


Seorang da'i haruslah menjaga diri mereka daripada sikap yang akan menjerumuskan orang lain ke dalam kebinasaan kerana ramai orang awam yang menjadi mangsa dan terjerumus dalam kesalahan dan dosa lantaran fatwa atau kerana perilaku ijtihad seorang da'i.Mungkin ijtihad itu mendapat satu ganjaran namun ijtihad itu boleh menyebabkan ramai orang melakukan kesalahan.Sebahagian ulamak mengatakan "kesalahan orang alim adalah mengakibatkan kesalahan ramai orang"

2.Menjalinkan Hubungan Dengan Orang Lain


Seorang da'i mestilah menjalin hubungan dengan masyarakat sekitarnya melalui perbuatan yang bermanfaat.Tugas seorang da'i bukanlah sekadar dalam memberi nasihat dalam bentuk kata-kata shaja malah tugas dan tanggungjawab itu lebih daripada kata-kata.Kita boleh melihat contoh utama kita,Rasulullah SAW,baginda menjalinkan hubungan dengan masyarakat melalui pelbagai cara.Adakalanya baginda memberi hadiah,adakalanya baginda menziarahi mereka atau mengundang masyarakat hadir di dalam majlis atau acara tertentu




3.Memiliki Wala' Dan Bara' Yang Nisbi


Seorang da'i haruslah memiliki wala' dan bara' yang nisbi.Maksudnya,dia mencintai dan membenci manusia sesuai dengan kadar ketaatan dan kemaksiatan mereka.Tetapi sebagai seorang da'i dilarang terlalu mencintai seseorang walaupun dia melakukan ketaatan dan sebaliknya,kita dilarang untuk terlalu membencikan seseorang walaupun dia melakukan maksiat.


Kita sebagai da'i haruslah adil dalam menentukan sikap kita.Peliharalah kebaikan-kebaikan yang dilakukan orang lain sekaligus waspada terhadap kesalahan-kesalahannya melalui sikap-sikap yang baik.



4.Mempunyai Sikap kemasyarakatan


Maksudnya adalah seorang da'i haruslah turut merasakan kesedihan dan kebahagiaan orang lain.Malah turut menyelesaikan masalah mereka,menziarahi mereka yang sakit dan seumpamanya. Hendaklah para da'i menghadiri majlis-majlis pernikahan,hari jadi dan seumpamanya.Para da'i haruslah berbincang bersama masyarakat jika berlaku masalah antara masyarakat.


5.Memelihara Prinsip Tadarruj(Bertahap)Dalam Berdakwah

Tadarruj dalam berdakwah adalah dengan mendahulukan dan mengutamakan masalah-masalah yang besar serta prinsip sebelum masalah yang kecil dan cabang.